Monday, 15 June 2015

duNia pekeRjaan

good morning dunia!

setelah mengharungi dugaan dan cabaran sepanjang berada di bandaraya kuala lumpur ni
sudah lebih 6 bulan kerja di UM,.. overall bagi mekla sangat mencabar. kerana semua mekla laluinya
seorang diri,.. dari cari rumah sewa sampai sekarang,..

ternyata belajar dan bekerja adalah dunia yang sangat jauh bezanya.  "homesicks" jangan cakaplah.
maklumlah 2 tahun duk rumah after belajar di uitm. sesungguhnya rindu sangat menyeksakan.
rumah sewa eh tak bilik sewa di kawasan mekla dulu ni sangat mahal jika dibandingkan dengan kawasan selangor. sebulan RM 230++ bilik sahaja, share lagi tu.
hurmm,.. teringat dulu sebelum dapat kerja cakap kat mak "nak kerja jauh2 nak jadi perantauan" tapi sekarang........ NAK BALIK KELANTAN!!! hihihi

bagi mekla makan lah yang paling susah sebab tak kena dengan selera mekla.. dan juga mahal. kuih sekecik alam 40 sen sebijik,.. aishhh kat rumah 4 seringgit kot..KL KL.. weekend lagi lah,.. melantak yang mahal2..

kerja kat UM ni tak lah bahagia,.. sebenarnya mekla tak cinta dengan kerjaya ni. ingat nak sambung belajar dalam bidang yang lain pula. mekla punya lab sebab kena kerja lebih masa tapi tak dibayar. hurm bukan apa,..mekla dapat bahagian lab yang tugasnya mengambil tisu pesakit di dalam bilik OT. jadi kalau operation habis pukul 10 mlm maknanya waktu tu lah kita balik... stresss sangat..
ingat lepas habis kontrak dah taknak sambung.. nak balik kelantan ataupun cari kerja lain.. macam orang cakap kerja tak ikhlas tak baik.

mekla sebenarnya jealous juga dengan kawan sebaya yang lain sebab diorang tengah belajar untuk dapatkan segulung ijazah.. mekla terkontang kanting kat sini...huhu
walaubagaimanapun kontrak masih ada 6 bulan,.. BERUSAHA adilah!!! kekeke

No comments:

Post a Comment