Thursday, 25 June 2015

my first Ramadan 2015 "saHur"

selamat menjalani ibadah puasa mekla ucapkan

disebabkan dah jadi perantau tahun ini... puasa tanpa family disisi
waktu sahur teringat ayam goreng mama, waktu berbuka teringat kopi ais mama...
hurmm rindu sangat,.. tapi dah rezeki jauh dari rumah kena lah terima..
first sahur tak tahu nak makan apa,.. sebab biasa takyah fikir pun bangun
dah ada kat meja makan makanan sahur,.. tapi kali ni...

selama mekla hidup ni,.. sahur harus makan nasi..hahak
tapi berani kan diri tahun ni nak sahur dengan roti.

perasaan takut tak tahan tu selalu menghantui...adoiii
mekla beli roti wholegrain gardenia tu,.. Alhamdulillah sangat kenyang
makan 2 keping je boleh tahan sampai berbuka..
mekla buat scramble egg tambah keju dengan milo susu..sedaapppp

sekarang ni dah ramadan ke8 dan sampai hari ni sahur dengan roti ni..hihih

Monday, 15 June 2015

alahai SamBal TumiS

hari ni terlebih rajin pulak nak menaip...

nak citer sikit pasal menu yang mekla masak selama duk KL ni,..
mekla tak pandai sangat masaknyer..gitugitu jer

antara yang mekla selalu masak adalah,
maggi, bihun sup, sup ayam, ayam goreng, nasi goreng, sup kentang, sambal tumis, cencaru goreng, kari terung, mee goreng oatmeal, scramble egg, pasta bolognese, sardin, lempeng dan lupa dah..hihi
nak kongsi resepi sambal tumis simple,..

bahan-bahan
1 bawang putih
1 bawang merah
2 sudu makan cili giling
secawan air
garam
gula
kentang/ ikan bilis

bawang tu cincang halus sebab nak blend tapi xde blender, tumis sampai layu. mekla campur cili giling dengan air lepas tu tumis sekejap,.. masukkan kentang. perasakan dengan garam dan gula,tengok kentang dah empuk matikan api dan makan,.. tujerrr kekekeke
cili giling dah ada cuka jadi takpayah letak asam jawa ataupun cuka~

duNia pekeRjaan

good morning dunia!

setelah mengharungi dugaan dan cabaran sepanjang berada di bandaraya kuala lumpur ni
sudah lebih 6 bulan kerja di UM,.. overall bagi mekla sangat mencabar. kerana semua mekla laluinya
seorang diri,.. dari cari rumah sewa sampai sekarang,..

ternyata belajar dan bekerja adalah dunia yang sangat jauh bezanya.  "homesicks" jangan cakaplah.
maklumlah 2 tahun duk rumah after belajar di uitm. sesungguhnya rindu sangat menyeksakan.
rumah sewa eh tak bilik sewa di kawasan mekla dulu ni sangat mahal jika dibandingkan dengan kawasan selangor. sebulan RM 230++ bilik sahaja, share lagi tu.
hurmm,.. teringat dulu sebelum dapat kerja cakap kat mak "nak kerja jauh2 nak jadi perantauan" tapi sekarang........ NAK BALIK KELANTAN!!! hihihi

bagi mekla makan lah yang paling susah sebab tak kena dengan selera mekla.. dan juga mahal. kuih sekecik alam 40 sen sebijik,.. aishhh kat rumah 4 seringgit kot..KL KL.. weekend lagi lah,.. melantak yang mahal2..

kerja kat UM ni tak lah bahagia,.. sebenarnya mekla tak cinta dengan kerjaya ni. ingat nak sambung belajar dalam bidang yang lain pula. mekla punya lab sebab kena kerja lebih masa tapi tak dibayar. hurm bukan apa,..mekla dapat bahagian lab yang tugasnya mengambil tisu pesakit di dalam bilik OT. jadi kalau operation habis pukul 10 mlm maknanya waktu tu lah kita balik... stresss sangat..
ingat lepas habis kontrak dah taknak sambung.. nak balik kelantan ataupun cari kerja lain.. macam orang cakap kerja tak ikhlas tak baik.

mekla sebenarnya jealous juga dengan kawan sebaya yang lain sebab diorang tengah belajar untuk dapatkan segulung ijazah.. mekla terkontang kanting kat sini...huhu
walaubagaimanapun kontrak masih ada 6 bulan,.. BERUSAHA adilah!!! kekeke

Wednesday, 18 March 2015

Diet harus makan Nasi

masuk bab diet lagi,.. oleh kerana banyak masa lapang hari ni mek la nak kongsi sikit pasal nasi.
ramai orang yang ingin kuruskan badan mesti fikir "jangan makan nasi"... sebenarnya tidak betul kerana mek la diet hari-hari makan nasi... hehe

Image result for nasi
nasi adalah sumber tenaga untuk badan kita.. 
tetapi,..... kuantitinya harus dikawal..
macam mek la, ambil setengah mangkuk sahaja dan makan nasi sekali sehari..

sarapan mek la hanya minum nestum atau nescafe
lunch pula makanan yang tidak lebih dari 400 kcal seperti mee sup, biskut (awas kalori), dan roti..
mek la makan nasi semasa makan malam dan mesti sebelum pukul 7.30 pm..

mek la harap kawan-kawan faham ye..

Tuesday, 17 March 2015

saya berjaya diet dalam tempoh 2 tahun

assalamualaikum,.. mek la disini..

percaya atau tidak saya dah berdiet selama 2 tahun.
dari 67.8 kg sehingga sekarang 47.0 kg...
hehe,..macam tak percaya pun ada.

mek la diet dengan cara diet kalori.
kelebihan diet ni adalah makan tiada pantang boleh makan apa sahaja tetapi kelemahan diet ni kuantiti makanan tu sedikit! dengan kata lain makan jadi takpuass.

dengan azam dan semangat yang tinggi mek la dapat jugak kurus...hehe
selamat mencuba kepada kawan-kawan yang baru nak berdiet..
sekarang ni total kalori yang mek la ambil untuk sehari adalah 1200 kcal shj..
rajin-rajin la google kalori makanan yang kawan-kawan makan

goodluck

Monday, 3 March 2014

resepi kek kukus (coklat) simple je

okey,.. kebosanan dirumah menyebabkan daku terdorong untuk membuat kek..hihi
resepi nya sangat simple..

bahan-bahan:
1 cawan tepung
3/4 cawan gula 
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat (boleh dikurangkan)
1 cawan susu cair
3 biji telur (xkisah saiz apa)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan serbuk koko (1/2 pun boleh, bergantung kpd jenama)

cara-cara:

masak koko,susu cair, susu pekat, minyak, dan gula... kacau sebati...jangan terlalu panas
satukan baking powder, soda bikarbonat dan tepung kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat tadi..kacau sampai sebati...
kemudian, blend telur dan masukkan kedalam adunan.. kacau sebati..
kukus selama 30-40 minit..

 selamat mencuba okey!!!

Sunday, 23 February 2014

i cooked it!!

hari ni sudah 3 hari berlalu semenjak speaking test MUET,..hihi
dan sudah beberapa bulan semenjak tamat belajar (diploma) uitm..
hari2 berlalu dan semakin lama, semakin gila nak masak!!! hehe

okeyy,.. ni nak kongsi resepi sikit~ cara buat percik ayam kelantan (xkisah negeri mana pun)
first~ kena sediakan bahan2 dulu

bahan-bahan:

  • ayam
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil serbuk cili kering
  • 1 batang serai
  • santan ( bila dekat rumah rm2) lebih kurang 2 cawan
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit halia
cara-cara: ayam
  • ayam dicuci, perap dengan garam kunyit dan dibakar,.. tengok ayam hampir masak letak kuah percik..
cara-cara: kuah percik
  • tumbuk halus semua kecuali asam gelugur dan santan, dan lepas tu gaul dengan santan. panaskan kuali, tambah perasa gula dan garam buka api berlahan dan masak sehingga kuah pekat,.. dan siapp!! hehe
*kalau taknak merah,.. jgn letak cili kering